
sitohang97
4 tahun
Bunyi pada telinga kanan
Selamat malam dok, belakang ini telingga kanan saya sering mendengara suara “crack” pada saat menekan gigi atau menelan ludah. kira-kira penyebab dan cara menggobatinya bagaimana y ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Antara punca telinga berbunyi ialah saluran darah tidak normal , saluran Eustachian yang gagal berfungsi (saluran yang menghubungkan hidung ke telinga tengah untuk mengimbangkan tekanan, masalah masalah telinga seperti; tahi telinga keras dan tersumbat, jangkitan telinga tengah kronik, otosclerosis, presbyacusis,(masalah pendengaran disebabkan oleh faktor usia), masalah pendengaran disebabkan bunyi bising,kecederaan kepala,pendedahan telinga kepada bunyi bising yang kuat ,faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan keresahan ,tekanan darah tinggi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.