
surizasalleh
5 tahun
Cabut gigi 5 hari masih sakit
Saya wanita berumur 41 tahun,saya mengalami kesakitan selepas cabut gigi,dah 5 hari cabut gigi tapi masih sakit,malah sakit makin teruk dari sebelum cabut…untuk hilangkan sakit,saya ambil ubat tahan sakit…setiap kali sakit saya akan ambil ubat tahan sakit…tp untuk sementara,bila ubat dah habis,sakit tu datang balik…adakah punca sakit ni akibat saya pernah usik tempat gigi yang di cabut sbb saya ingat ada sepihan gigi yang masihdi tertinggal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman
- nanah/abses
- kesan sampingan ubat-ubatan
Memandangkan ini adalah masalah gigi, anda dinasihatkan untuk merujuk ke doktor gigi agar langsung dapat ditangani. Untuk berbincang dengan doktor umum, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.