Sulit
4 tahun
Cabut gigi & Divaksin
Doc, bagaimana pula jika cabut gigi & 3 hari kemudian akan divaksin. Bolehkan saya divaksin setelah 3 hari cabut gigi? Dan ada kesankah jika saya ambil vaksin ketika dalam keadaan setelah 3 hari cabut gigi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, vaksin boleh diberikan kepada semua individu yang berumur 18 tahun ke atas kecuali mereka yang mempunyai sejarah alahan teruk terhadap ubat-ubatan.
Prosedur pergigian seperti cabut gigi tidak menjadi satu kontraindikasi untuk pengambilan vaksin Covid-19. Oleh itu, anda tidak perlu risau dan boleh mengambil vaksin seperti yang ditetapkan untuk anda.
Sekiranya anda mengalami gejala demam, sesak nafas, sakit kepala, sakit tekak atau batuk, sebaiknya anda merujuk kepada doktor sebelum mengambil vaksin Covid-19.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























