
Sulit
4 tahun
Cabut gigi geraham , dan masih sakit
Saya berusia 25tahun, baru cabut gigi geraham semalam . Dan sampai sekarang rasa berdenyut denyut . Adakah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, proses untuk bahagian gusi di mana gigi geraham anda tumbuh untuk sembuh boleh mengambil masa sehingga 2 minggu. Pada beberapa hari pertama, pipi atau mulut bengkak ialah normal. Ini boleh menjadi penyebab anda merasakan denyutan di bahagian bius.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada pakar pergigian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.