
Sulit
4 tahun
Cabut gigi geraham tetapi memakai braces
Saya pemakai braces yang sepatutnya menanggalkan braces saya pada bulan ini, dan saya juga ada satu gigi geraham yang sudah rosak dah harus dicabut. Boleh ke saya tanggalkan dahulu braces, lalu proceed dengan mencabut gigi geraham dan seterusnya retainer? Kerana katupan gigi atas dan bawah sudah tidak sekata akibat bengkak pada gigi geraham yang rosak tu. Jika boleh, berapa lama harus saya tunggu selepas mencabut gigi untuk ke appointment buat retainer?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, cabutan gigi atau pendakap (braces) adalah bergantung kepada keadaan gigi anda dan keputusan yang dibuat oleh doktor gigi yang merawat anda. Kebiasaannya, sekiranya gusi di kawasan tersebut bengkak dan sakit, doktor akan melewatkan cabutan dahulu kerana bimbang kawasan tersebut mempunyai jangkitan kuman dan ia perlu dirawat terlebih dahulu dan kemudian gigi tersebut akan dicabut setelah bengkak surut.
Namun begitu, kami sarankan anda menghubungi klinik gigi di mana anda membuat braces tersebut supaya anda mendapat penjelasan yang lebih jelas dan mendalam daripada doktor yang merawat anda kerana beliau lebih tahu keadaan gigi anda.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda hadapi. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.