Anonymous
4 tahun
Cairan jernih dan tidak berbau
Selamat malam doctor. Saya berumur 28 tahun dan sedang hamil 21 minggu. Dua tiga hari ni saya dapati ada cecair yang tidak berbau keluar dari faraj. Cecair itu tidak mengakibatkan kegatalan dan dalam kuanti yang tidak banyak. Menjadi kerisauan adalah kerana ramai yang menggangap cecair itu adalah air ketuban. Bolehkah air ketuban bocor diperingkat trimester kedua dengan kuantiti yang sedikit sedikit?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kemungkinan besar gejala yang anda alami adalah hanya keputihan.Ada dua jenis keputihan iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik.Keputihan fisiologis ini biasa di kalangan wanita, dan selalunya berlaku apabila wanita mengalami kesuburan ataupun di sekitar menstruasi. Ianya tiada gejala penyakit dan juga lendir ini berwarna putih atau krim. Kuantitinya juga sedikit sahaja dan ia tidak berbau ataupun menyebabkan kegatalan di kesulitan. Jika dibandingkan keputihan patologik ini lendirnya bersifat lebih kental, warna kuning, kelabu atau hijau, juga berbau busuk dan selalunya menyebabkan kegatalan di bahagian faraj. Keputihan patologik ini disebabkan jangkitan kuman dan memerlukan rawatan.
Keputihan dikatakan normal semasa hamil jika ia jernih atau berwarna putih tanpa menyebabkan rasa gatal atau tidak selesa. Perkara ini berlaku disebabkan oleh tahap peningkatan estrogen badan semasa hamil yang meningkatkan aliran darah ke kawasan pelvik dan merangsang membran mukus .
Sebaliknya jika keputihan terlalu banyak hingga memerlukan ibu hamil menukar pad atau pelapik seluar dalam dengan kerap, gatal, berbau kurang menyenangkan atau bertukar warna, ia perlu diambil perhatian kerana mungkin itu tanda jangkitan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk maklumat lanjut. Terima kasih.