airaafi
5 tahun
Cara mendiagnos Covid19
Bagaimanakan doktor di Malaysia mendiagnos penyakit Covid19? Adakah prosedur CT scan adalah satu prosedur yang wajib? Bagaimana jika pesakit tidak bersetuju melakukan prosedur CT scan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pemeriksaan tidak memerlukan imbasan Skan CT. Ujian darah dan ujian khas PCR diperlukan untuk mengenalpasti kewujudan virus tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Sila klik pada link ini (KKM COVID-19) untuk keterangan lanjut mengenai koronavirus atau untuk bercakap dengan pihak kami bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































