
Sulit
4 tahun
Cara mengatasi anak Suka bermain dgn kemaluannya
Anak lelaki saya berumur 5tahun, speech delay Dan masih memakai pampers. Anak saya Suka Dan menjadi habit memegang, menarik dan mengosok kemaluannya. Yg menjadi masala besar bg saya ialah selepas memegang kemaluannya, Dia akan memasukkan jari ke dalam mulut Dan mengisap jari. Sudah brapa Kali melarang Tpi main sama. Bagi aktiviti utk alihkan perhatian tetapi masih sama. Sudah brapa Kali kena tonsil Dan diarheria Yg truk. Saya I ingin mendapatkan nasihat Dr dalam Cara mengatasi masalah ini. Apa harus saya buat. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda tidak perlu risau kerana perkara ini adalah fenomena yang normal untuk kanak-kanak pada umur tersebut tetapi anda perlu meletakkan had supaya perkara ini tidak berlarutan.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda boleh lakukan perkara ini:
- Katakan bahagian tersebut kotor dan dia perlu membasuh tangan selepas memegangnya
- Latih beliau bahawa kemaluan adalah anggota badan peribadi dan elakkan dari memegangnya dengan kerap melainkan ingin ke tandas untuk membuang air
- Meluangkan lebih banyak masa bersama anak
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya nasihat yang lebih mendalam boleh diperolehi dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.