
Sulit
4 tahun
Cara mengawal perasaan nervous & overthinking
Saya mempunyai perasaan nervous yg kuat. Elak bercakap dikhalayak sebab rasa malu & tangan menggigil. Juga mempunyai perasaan overthinking. Ada solution rawatan/ubat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu gemuruh (nervous) dan overthinking. Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah bipolar
- Masalah personaliti
- Social phobia
Bagi menentukan diagnosis sebenar, ia memerlukan pemeriksaan yang teliti daripada pakar. Hal ini bagi memastikan rawatan/ubat yang diberikan adalah tepat buat anda. Oleh itu, sekiranya masalah ini berlarutan dan mengganggu anda, kami amat menasihati anda untuk ke klinik berdekatan atau ke klinik psikiatri di hospital.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, saya mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.