
Sulit
4 tahun
Cara mengetahui tahap hormon badan
Bagaimanakah cara untuk mengetahui tahap hormon estrogen jika terlebih atau kurang dalam badan? Apa jenis ujian yang boleh dilakukan? Berapakah kos ujian tersebut?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian darah adalah cara untuk mengetahui kadar atau tahap hormon dalam darah. Ujian darah mampu mengesan kebanyakkan hormon seperti tiroid, estrogen dan testosteron. Kos ujian tersebut bergantung pada klinik yang menyediakan perkhidmatan ini. Saya sarankan anda untuk menghubungi dahulu klinik yang berdekatan dengan anda.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.