
Sulit
3 tahun
Cara menghilangkan rasa ketagihan dadah batu atau ice
Saya nak tanya … Saya ada keluarga baru baru ini dia terlibat dalam pengambilan dadah . Batu atau ice beliau berumur 28 tahun dan 3 kali dia sudah ikut terlibat dengan pengambilan batu atau ice … Sebab dia baru terlibat … Apa adakah cara dapat membuat dia tidak merasa ketagihan untuk mengambil benda tersebut … Apakah ada minuman atau buahan yang dapat menghilangkan rasa ketagihan dadah batu atau ice tanpa diketahui oleh sang penagih … Sebab dia tak nak berubah dan tak nak ajak bbincang pasal benda tu dia akan marah … Apakah buahan atau cara lain dapat saya buat dibelakang dia tanpa pengetahuan dia saya nak bagi buahan atau cara lain yang dapat membuat dia tidak ingat dengah dadah batu atau ice atau membuat dia tidak merasa hendak ingin mengambil nya dan membuat dia tidak gian dengan batu atau ice

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ketagihan yang ahli keluarga anda hadapi serta anda ingin mengetahui cara untuk menghilangkan ketagihan tersebut. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ketagihan perlu ditangani dengan baik melalui rawatan bertahap. Pihak anda boleh berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan bantuan dan juga kaunseling.
Buat masa sekarang, kami menasihatkan pihak anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kerisauan & ketagihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri apabila cuba menahan ketagihan
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Masalah ketagihan perlu ditangani dengan segera bagi mengelakkan komplikasi serius kepada kesihatan tubuh badan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.