
Anonymous
5 tahun
Cara menghilangkan stress
Minta doktor tolong Bantu saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, cara menangani stres berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Jika anda terlalu tertekan, boleh bercakap terus dengan doktor atau talian befrienders (603-79568145). Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.