Sulit
4 tahun
Cara mengubati masalah pesakit stroke
Assalammualaikum doktor…sye mempunyai seorang ibu yang menghidapi masalah stroke kecil…n sye rase antara faktor yg menyebabkan penyakit ni berlaku ialah disebabkan dlu ibu sye pernah terkena spanar yg terpelanting ke arah kepalanya(ni kisah bertahun lama dh)n menyebabkan ibu saye pning n telah berjumpa doktor utk mndapatkan rawatan pada mse itu…tpi doktor tu ckp kepala ibu sye tiada masalah sehingga lah sekarang ibu sye mempunyai benjolan kecil(mungkin darah beku)akibat drpd spanar yg terpelanting pada bahagian otak serebrum kirinya dan mendapat penyakit stroke.n kami pun telah mndapat pengesahan dri pihak hospital yg ibu sye menghidapi masalah stroke kecil…
SOALAN SAYA
1.apakah kesan yg akan berlaku sekiranya terdapat darah beku yg terdapat pada otak serebrum kiri ibu saya
2.apakah rawatan n cara yg sesuai utk merawat penyakit ibu saya
Sye memohon agr doktor dpt menjwab soalan yg sye kemukakan…kerana sye memang perlukan jwapan ni drpd pihak doktor bgi mencari kaedah yg terbaik utk merawat ibu sye🙏…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, trauma akibat kecederaan fizikal tersebut tidak menyebabkan serangan angin ahmar. Hal ini kerana otak dilindungi dengan tempurung kepala yang berfungsi melindungi organ penting manusia seperti otak.
Istilah strok/serangan angin ahmar ialah penyakit dimana sel organ otak tidak mendapat oksigen secukupnya sehingga menyebabkan sel tersebut mati dan menjejaskan fungsi bahagian otak tersebut. Antara penyebabnya ialah masalah darah beku atau kolestrol yang menutupi salur darah, salur darah otak pecah akibat tekanan darah tinggi dan macam-macam lagi. Salur darah tersebut berada dekat dengan organ otak. Maka, kecederaan fizikal seperti yang anda nyatakan tidak boleh menjejaskan salur darah otak kerana terdapat tempurung kepala.
Trauma yang boleh menyebabkan kerosakan otak adalah melalui kemalangan yang menyebabkan tempurung kepala pecah atau gegaran kepala yang kuat.
Rawatan adalah dengan mengetahui punca sebenar masalah strok ibu anda. Namun, kami memerlukan maklumat lanjut untuk benar-benar mengesahkan bahawa ibu anda mengalami strok kecil sebelum menyarankan apa-apa rawatan yang bersesuaian.
Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.