
Sulit
4 tahun
Cara nak hilangkan breast cyst
Saya wanita berumur 26thn. Sy ada medical check up breast cyst di hospital putrajaya. Saya nak tanya, macam mana nak hilangkan breast cyst? Tahun 2019 saya ada buat umrah, so saya ambil ubat norcolut norethisterone untuk hold period masa nak buat umrah. Period saya ok la lepas tu… Tp tu ke punca saya dapat breast cyst?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu Breast Cyst. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk pengetahuan anda, breast cyst tidak boleh dirawat menggunakan kaedah di rumah. Punca kemunculan atau jenis breast cyst perlu dikenal pasti jika ingin mengatasi masalah ini. Sesetengah wanita mengalami breast cyst yang hanya muncul semasa haid dan hilang setelah haid habis.
Anda dinasihatkan untuk mengetahui perkembangan breast cyst tersebut, jika ia membesar dalam saiz atau tidak dan tempoh waktu breast cysts mengalami perubahan kerana ia mungkin boleh berubah menjadi kanser. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk rawatan susulan. Anda juga boleh bertanya doktor untuk membuang breast cysts jika keadaan tersebut merisaukan anda.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.