
Sulit
4 tahun
Cara nak kurangkan tekak seperti tersangkut rmbut
Sy wnita 21 thn yg mnghdp pnyakit tiroid…sblm ne tekak sy rasa mcm ada bnda trsangkut seperti rmbut…sy bimbg tntg tekak sy skrg…tolong doc beri sy cara agar tekak sy kembali nyaman…tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah terasa tekak seperti tersangkut rambut seperti yang perihalkan sebelum ini dan juga masalah tiroid yang anda tengah hadapi.
Namun, sekiranya anda mengalami masalah tiroid, kami lebih sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya kerana mereka akan menilai sejarah dan status kesihatan dengan lebih teliti. Ubat-ubatan untuk merawat masalah tiroid tidak boleh didapati dari pusat farmasi tanpa perskripsi dari doktor yang sah.
Sementara itu, kami boleh sarankan anda untuk mengamalkan pemakanan yang sihat seperti:
- Menggunakan garam tidak beriodin
- Kopi atau teh tanpa susu
- Putih telur
- Buah-buahan
- Kacang tidak bergaram
- Roti tanpa kandungan garam, susu dan telur.
- Oat dan nasi
- Sayur-sayuran yang mengandungi vitamin tinggi
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Kebanyakan makanan yang disenaraikan di atas tidak mengandungi bahan iodin yang boleh merosakkan kesihatan tiroid anda. Oleh itu, ia adalah amat penting bagi anda untuk mengawal kandungan iodin dalam pemakanan anda, sebelum dan selepas rawatan tiroid yang diberi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.