
Sulit
5 tahun
Cara penggunaan tablet sonulut
saya wanita berumur 27tahun. sudah berkahwin tetapi belum diberi rezeki zuriat lagi. sudah 6 bulan saya tidak didatangi haid dan saya telah ke klinik untuk membuat Ultrasound . lalu doctor di klinik berkenaan telah memberi saya pil sonulut untuk dimakan selama 5 hari . tetapi saya baru makan 1 hari dan saya sudah haid . adakah saya perlu stop consume atau diteruskan sehingga 5 hari ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda tidak perlu meneruskan ubat Sonulut anda kerana anda telah datang haid. Anda harus tetap memantau kitaran haid anda untuk memastikan anda datang haid setiap bulan. Sekiranya perkara yang sama berlaku lagi, anda harus mengunjungi pakar wanita anda lagi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.