Sulit
6 tahun
Cara pulihkan kitaran haid yabg tidak teratur
Saya wanita berusia 21 tahun tetapi saya sudah mengalami haid tidak teratur sejak berumur 17 atau 18 tahun. Saya kadang2 tak datang haid selama 2 atau 3 bulan dan pernah jugak tak datang haid lebih dari 3 bulan. Saya agak risau dengan kitaran haid saya yang tak menentu. Apa yang patut saya buat? Saya dah cuba bermacam cara untuk pulihkan kitaran haid saya. Saya harap doktor boleh membantu saya. Sekian terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda disarankan untuk mengetahui punca sebenar masalah anda bagi mengetahui rawatan yang sesuai.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























