
Sulit
4 tahun
Cara redakan hidung trsumbat
Doc tolong sy bagaimna cra mngurangi hdung trsumbt.apakh yg ptut sy lakukn?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda alami iaitu hidung tersumbat. Terdapat beberapa cara untuk meredakan hidung tersumbat yang perlu anda tahu, antaranya ialah:
- Minum banyak air untuk mengurangkan hidung tersumbat dan mengelakkan lendir daripada menjadi terlalu tebal. Minum air akan mengelakkan dehidrasi dan mengekalkan kelembapan kerongkong dan saluran rongga hidung.
- Cecair yang disyorkan termasuklah air, minuman sukan, teh herba, minuman buah-buahan dan sup.
- Rawatan wap boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ambil sebesen air suam dan titiskan minyak aromaterapi atau titisan lemon. Duduk di hadapan besen dalam beberapa minit. Wap panas boleh mencairkan lendiran dan mengurangkan hidung tersumbat.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.