
Anonymous
5 tahun
Cecair atau lendir coklat
Saya tengah mengandung 23 mnggu.terdapat cairan @ lendiran keluar .adakah itu keputihan?adakah ia bahaya untuk bayi dia dalam kandungan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang
masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, cecair atau lendir coklat boleh jadi “spotting” yang mana boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keradangan atau pertumbuhan pada serviks
- masalah dengan plasenta
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.