
Sulit
5 tahun
Cecair berwarna putih, coklat keperangan keluar selepas haid berakhir
Untuk seorang wanita yang mengambil pil postinor sebelum haid, dan semasa haid darah yang keluar pada hari pertama adalah kotor daripada kebiasaan dan setelah tamatnya haid, wanita tersebut mengalami keputihan (putih kenyal, coklat keperangan kadang kadang kemerahan seperti darah), mengapa ia terjadi yee dan bagaimana untuk mengubati ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Jika anda telah haid, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.