
Sulit
5 tahun
Cecair dan gatal di bahagian puting payudara
saya wanita dalam umur lingkungan 20an, kadang kala saya mengalami gatal di bahagian puting dan sebentar tadi apabila saya menekan payu dara saya dan dapati ada cecair jernih yang keluar, saya google tentang cecair itu ada yang mengatakan kanser awal payudara dan juga ada yang mengatakan kerana selalu meramas ia bertindak balas mengeluarkan cecair… tapi dari pembacaan yg saya dapat kanser awal payudara cecair itu keluar dengan sendiri tetapi saya punya tidak, bila saya tekan sahaja baru cecair itu keluar… jadi adakah saya mempunyai tanda awal atau tidak ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
jangkitan kuman pada payu dara
kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat tahan muntah
ketumbuhan pada otak yang menghasilkan hormon prolaktin iaitu hormon yang meningkatkan kandungan susu, prolactinoma
kanser payu dara (namun jarang bagi pesakit yang berusia 20-an
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.