
Sulit
5 tahun
Cecair jernih keluar dari puting payudara kanan apabila ditekan
Saya wanita berumur 38 tahun. Pernah mengandung dan anak saya sekarang berumur 9 tahun. Saya pernah menjalani pemeriksaan ultrasound di hospital (2018)kerana berasa ada ketulan di payudara tetapi Dr mengesahkan bahawa tiada ketulan dijumpai. Saya pernah buat ujian darah untuk pengesanan kanser setahun yang lalu, dan saya normal.
Hari ini saya berasa sengal di bawah ketiak tangan kanan saya hingga ke breast. Saya telah memicit puting dan keluar cecair yang jernih tetapi kenyal. Setiap kali picit, cecair akan keluar setitik.
Mohon nasihat dari Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya dapati anda mengalami masalah discaj jernih yang kenyal keluar dari puting sebelah kanan anda.
Untuk makluman pihak anda, discaj yang keluar dari puting boleh jadi suatu perkara yang biasa atau berpenyakit. Warna cecair tidak selalunya membantu untuk menentukan keseriusan masalah tersebut. Akan tetapi, berikut adalah situasi dimana discaj dari puting dikira patologi. Antaranya:
yang berdarah,
Discaj beserta darah
Discaj hanya keluar dari salah satu puting sahaja
Discaj yag keluar tanpa stimulasi seperti memegang, iritasi atau dipicit
Walaupun anda telah membuat pemeriksaan imbasan ultrasound serta ujian darah tahun lepas dan keputusan menunjukkan normal, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut. Hal ini kerana, sukar untuk saya memberi kesimpulan hanya dengan maklumat yang anda berikan. Banyak lagi maklumat lain serta pemeriksaan harus dilakukan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana terdapat kemungkinan anda mengalami masalah yang lebih serius. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.