
Sulit
4 tahun
Cecair Keluar Dari Faraj ketika Hamil
Saya wanita berusia 26 dan sedang hamil anak pertama. Kandungan saya sekarang sudah mencecah hampir 34 minggu. Saya nak tanya sejak dua tiga hari ada cecair putih keluar dari faraj saya dan mengalir serta tidak berbau. Adakah itu tanda tanda bersalin ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi anda, tambah-tambah lagi ketika tempoh bersalin sedang menghampiri anda. Untuk maklumat anda, perkara ini perlu diberikan perhatian dan anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana kami bimbang ia boleh menyebabkan kesan negatif kepada anda dan kandungan.
Tanda-tanda bersalin adalah seperti berikut:
- Sakit yang semakin kerap
- Perut mengeras atau kontraksi yang sekata dan tempoh antara kontraksi menjadi semakin rapat
- Pecah air ketuban (cecair jernih) dan mungkin atau mungkin tidak bercampur darah
Kami tidak mengetahui apa yang dimaksudkan oleh anda dengan cecair putih tersebut kerana maklumat lanjut adalah diperlukan.
Ia mungkin disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman pada faraj
- Lendir dari serviks (mucus plug)
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai keadaan yang anda alami. Kami sarankan anda untuk berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dapat diberikan sekiranya perlu dan juga supaya anda boleh dipantau.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.