
Sulit
2 tahun
Cecair kuning/hijau dari dubur
Hi Dr. Saya lelaki dalam 30-an. Saya dapati ada cecair keluar dari dubur seperti nanah dan sedikit melekit tetapi tidak berbau sekitar dua minggu lepas. Dubur juga kadang kala terasa panas dan tidak selesa ketika membuang air besar melalui tandas duduk terutama jika najis keras.
Untuk makluman sekitar sebulan yang lalu, saya telah berurut dengan tukang urut yang tidak dikenali dan kemaluan dan dubur saya telah disentuh. Saya risau adakah cecair ini symptom awal kepada buasir atau STD? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor iaitu jangkitan kuman/ radang pada struktur dubur anda. Selain itu, masalah ini boleh disebabkan faktor lain seperti:
- buasir
- luka pada dubur
- prolaps rektum
- ketuat perianal
- Pilonidal sinus
- Abses pada dubur (Nanah yang bertakung di dubur)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.