
Sulit
3 tahun
Cecair pembasmi kuman zero alcohol
Adakah berkesan saya spray seluruh tubuh dengan cecair pembasmi kuman zero alcohol untuk cegah covid19? Betul ke covid19 tak akan mati dengan zero alcohol? Boleh ke saya spray pada kanak-kanak dibawah 2thun? Ada kesan sampingan pada kesihatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima aksih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan soalan anda di atas, saya memahami bahawa anda bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda,cecair pembasmi kuman zero alkohol bukanlah alat yang sesuai untuk mengurangkan risiko jangkitan virus. Tiada kajian yang menujukkan keberkesanan cecair tersebut dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Oleh itu, anda digalakkan agar mengunakan bahan pencuci yang sebetulnya iaitu hand sanitizer. selain itu, anda juga perlu untuk mengamalkan langkah pencegahan lain seperti:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Mematuhi SOPs yang ditetapkan oleh kerajaan
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Untuk masalah boleh atau tidak spray cecair tersebut ke kanak-kanak di bawah 2 tahun, menurut saya adalah tidak boleh kerana kanak-kanak di bawah usia 2 tahun amat sensitif di mana sistem imun dan ketahanan badan mereka masih rendah.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta tindakan lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini