Sulit
3 tahun
Celah kangkang tiba-tiba ngilu sangat
Saya wanita berumur 24 tahun…dekat celah kangkang saya tiba-tiba ngilu sangat dari semalam sampai ke hari ni
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi iaitu:
- kecederaan pada otot
- osteoarthritis
- hernia
- endometriosis
- gangguan pada saraf tunjang
Namun begitu saya tidak boleh membuat apa apa rumusan daripada maklumat terhad yang anda berikan kerana maklumat yang anda berikan terlalu sedikit. Pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan untuk mendapat diagnosis yang lebih tepat.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.