
Sulit
5 tahun
Celah mata berkerak dan luka
Hi doktor , celah mata saya selalu berkerak macam tahi mata dan luka boleh bagi penerangan sebab apa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, mata berkerak dan bertahi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Viral conjunctivitis akibat jangkitan virus, tiada ubat
- Conjunctivitis bakteria.
- Cairan normal yang sering disebabkan iritasi seperti garu dengan tangan
- Salur air mata yang tersekat.
- Benda asing dalam mata
Selain dari pengubatan, anda juga boleh melakukan hal berikut untuk mengurangkan berat masalah:
- Menyapu ia dengan air suam
- Sentiasa mencuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh mata
- Elakkan menggaru atau menenyeh mata terlalu sering
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.