
Sulit
3 tahun
Cemas dengan tiba-tiba
Saya wanita berumur 31 tahun. adakah normal sekiranya muncul rasa takut tiba-tiba bila buat sesuatu? contoh masa saya isi petrol, saya tiba-tiba bayangkan tempat tu akan meletup dan buatkan saya jadi menggigil. tak selalu terpikir macam tu tapi kerap… sampaikan saya sendiri takut nak isi petrol banyak sebab takut lama-lama kat situ… sama macam naik elevator… saya akan shaking bila masuk elevator walaupun bedua atau lebih. saya bayangkan saya akan jatuh… adakah normal? atau cuma perasan takut yang melebih-lebih?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tekanan (depressi)
- kurang rehat
- Keresahan (anxiety)
- Fobia
- Masalah personaliti
- gangguan panik ( panic disorder )
Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Setelah puncanya dikenalpasti, rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.