
clayrisnahclay
5 tahun
Cepat lupa dan sering ketawa sendiri
Adik saya pernah mengalami kemalangan jalan raya dan mengalami kecederaan pada kepalanya sewaktu berumur 7bulan dimana kepalanya terus membengkak dan tulang kepalanya kelihatan miring, tetapi adik saya kini semakin sembuh, dan sekarang berumur 6tahun, tetapi adik saya mengalami kesukaran untuk belajar, dia cepat lupa apa yang dia pelajari walaupn hanya 10 minit berlalu, dia juga sering ketawa bagi perkara yang tidak lucu, saya berasa sangat risau dengan keadaannya. Dari segi fizikal dan perkembangan motor, semua dalam keadaan yang baik, dia hanya sukar mengingat apa yang diajar kepadanya, tetapi peristiwa2 yang berlaku dia tidak akan lupa. Saya mohon Dr menjawab soalan saya ini.Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kemalangan tersebut boleh menyebabkan masalah yang adik anda hadapi.
Walaubagaimanapun, kami tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut tanpa melihat laporan kesihatan adik anda dan kami memerlukan lebih banyak maklumat tentangnya.
Jika masalah ini berlanjutan, anda disarankan untuk membawa adik anda ke pakar kanak-kanak kerana sekiranya terdapat masalah memori, adik anda perlu diperiksa untuk melihat jenis sekolah yang bersesuaian apabila dia masuk ke darjah satu kelak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.