
Sulit
5 tahun
Cepat marah dan mengamuk
Saya ainul, umur 18 tahun. Saya mempunyai family problem selepas kematian kakak saya 3 tahun yang lepas. Saya kemurungan beberapa bulan dan okay seperti biasa. Lama sedikit, saya jumpa seseorang lelaki, dan bersama dengannya hingga lah sekarang. Saya menjadi marah, emosi tak terkawal, menangis, meraung setiap malam,selalu fikir mati kerana kesalahan yang dia lakukan. Awal kenal dia, saya tak pernah macam ini. Punca jadinya begini, when he cheated on me. Dia berjanji bersumpah untuk tak buat lagi, tetapi tetap dia lakukan. Jadi emosi saya tak terkawal dan selalu stress fikirkan masalah ini. Plus, saya tak ada kawan atau family terdekat untuk betul betul luahkan masalah saya, sebab saya malu nak cerita dan kalau boleh nak simpan rahsia ini. Di rumah, saya dikongkong, jadi kemurungan dan stress itu berlaku selalu lagi lagi waktu malam. Kadang kadang saya berdebar dan rasa takut walhal saya tak tahu sebab apa. Kadang, saya mimpi tentang lelaki itu bersama perempuan lain. Jadi, kemarahan itu datang dengan cepat.
Sekian dari saya, ainul.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk mecegah masalah anda, anda disarankan untuk menjauhkan diri daripada punca stres sementara dan menjalankan aktiviti yang anda dapat mengendurkan diri sendiri. Anda juga boleh berkongsi masalah anda dengan individu yang anda percayai kerana sokongan amatlah penting dalam gejala ini.
Selain itu, anda juga dinasihati untuk bersukan dengan lebih kerap supaya hormon endorphin akan bertambah yang boleh mengembirakan anda. Sekiranya anda perlu meluahkan diri sendiri, anda boleh membuat panggilan kepada pihak BeFrienders 603-79568145 untuk mengatasi fikiran bunuh diri.
Untuk mengatasi masalah ini, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.