
Sulit
4 tahun
Cepat menangis,marah dan ada masa bertindak luar kawalan. Rasa takut
Saya isteri dan mama kepada 2 org anak… saya dahlama memendam perasaan tk pernah saya cerita masalah ni pada sesiapa sbb saya tk bole percaya org mahupun orgtua saya, ayah jenis menambah tekanan saya adalah emak pulak boleh dgr boleh bagi nasihat pada saya,tpi saya tahu sangat2 dia tkbole simpan rahsia sbb sebelum ni pun apa je masalah saya pernah cerita benda tu terlalu privasi pun dia boleh cerita pada org luar. Adik beradik tak ada seorang boleh dipercayai,lagi la semua tk sesuai. Tp pernah untuk bgtahu suami ttg masalah saya ni,tp dia seolah tk mahu dgr cerita tu dia hiraukan je. Sebenarnya pada dia la saya berharap dpt kongsi masalah ni,sbb ada masa dia sendiri yg nampak bila saya dalam keadaan tk betul. Saya pernah ajak dia bawa saya jumpa dokter tp dia mcm tklayan. Sampai saya da set dalam kepala tkkn saya cerita lg masalah ni pada dia,saya ni jenis kuat marah kuat jerit bila marah,kdg saya boleh tengking anak saya. Saya sedih sumpah sedih,saya tknk lukakan hati anak saya terutama yg perempuan sulung umur 6tahun,saya takut dia tk syg saya. Saya takut dia juga akan sakit mcm saya rasa skrg ni, saya sayang anak anak,kalau boleh saya taknak lukakan mereka berdua. Bila saya dalam keadaan marah kn suami,saya lepaskan kemarahan tu pada anak saya,saya marah jerit kt anak dgn harapan suami akan terasa,malah suami saya buat tk thu je. Dia boleh main hp dgn muka bodoh dia,lagi saya tengok mcmtu lagi saya marah. Lagi pedih bila saya marah sambil menangis,sbb saya boleh tumbuk 2 dada kepala saya hentak2 kt dinding,kalau suami ada pu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, masalah yang dinyatakan oleh anda adalah rumit dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Persekitaran yang tidak ceria dan kurang sihat
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan bantuan dan rawatan
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Kami amat galakkan anda untuk berjumpa dengan doktor kerana perkara ini mengganggu kesihatan mental anda dan ia seterusnya mengganggu aktiviti harian anda sebagai seorang manusia. Oleh itu, bantuan oleh doktor dan pakar kaunseling amatlah diperlukan.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.