
chrisaradg
4 tahun
Cepat stress dan rasa sedih
Saya berumur 25 tahun. Berkerja sebagai sales assistant di sebuah kedai. Saya sudah ada penyakit gastrik dari zaman sekolah. And semenjak tahun lepas, saya perasan mood saya cepat berubah-ubah. Sekejap saya boleh berfikiran positif dan ceria, kadang-kadang sedih melampau dan stress. Beberapa bulan ini saya rasa sudah tidak bersemangat untuk ke tempat kerja. Hari-hari rasa berserabut dan saya suka menangis. Saya lebih suka bersendirian. Task yang diberikan setiap hari pun susah saya nak laksanakan dan akan kerap jadi pelupa. Dada saya juga cepat jadi sakit dan berdebar. Kadang-kadang susah untuk bernafas dan akan berpeluh. Perut juga suka rasa tak selesa dan akan kerap muntah. Boleh saya tahu apakah sebenarnya masalah saya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala tidak tenang, gelisah atau cemas ketika mahu tidur dan mood naik turun sehingga mengganggu rutin harian kita sememangnya merupakan salah satu dari gejala psikologi yang perlu diberi perhatian. Ia juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:
- gangguan tekanan atau depresi
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan penyesuaian diri terhadapa keadaan semasa
atau ia juga boleh menandakan
- gangguan ketidakstabilan hormon
- gangguan yang terpicu akibat dari gejala sakit perut yang berterusan
- dll.
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / was-was
- mendapatkan rehat dan tidur yang berkualiti
- makan dan minum yang teratur dan berkhasiat (walaupun tidak ada selera makan, harus cuba)
- eksesais yang cukup walaupun seminggu sehari (sedikit demi sedikit)
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.