Anonymous
7 tahun
Check upt test preggy
Sebulan saya tak datang haid bila saya check upt test disahkan dua line pekat…adakah itu mengandung.? tapi saya ada alami tnda2 coklet kuar dekat sy punya pad…dah seminggu lebih… bila masuk minggu ke 5 saya cuba test upt tu lagi sekali…disah negatif? so saya nk tahu apa pendapat dokter??
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, cara bacaan ujian kehamilan adalah berbeza bergantung kepada alat yang digunakan, sila rujuk pek alat ujian tersebut dan baca arahan yang tertera. Biasanya 2 garisan menunujukkan kehamilan. Terdapat beberapa penyebab ujian kehamilan negatif walaupun hamil:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Untuk mengesahkan anda hamil atau tidak, sila rujuk kepada doktor di klinik bagi ujian pengesahan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!






























