
red.jezzel
6 tahun
Chicken pox during pregnancy
Hi doktor saya nak tanya. Saya terkena chicken pox dan saya sekarang mengandung 6 bulan. Dah pegi klinik untuk mendapatkan rawatan tetapi ubat yang saya ambil seperti tidak ada apa2 kesan. Seperti gatal2 yang saya alami ubat sapu dan ubat makan seperti tidak membantu dan menyukarkan saya untuk tidur. Apa yang harus saya lakukan?

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan puan, chicken pox mengambil masa untuk pulih, sekurang kurangnya seminggu. Jika keadaan tidak bertambah baik, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat mengenalpasti stage chicken pox anda dan merawatnya. Anda mungkin boleh menukar krim sapuan untuk kesan yang lebih baik.
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!