
Sulit
4 tahun
Cirit birit air dan tidak selesa
Sy wanita berumur 24…sy baru kena cirit birit air dari isnin 17/11/2020,sy pergi ke tandas 6 kali…hari selasa 18/11/2020,sy dh makan ubat oral awal pagi,tapi masih cirit air walaupun sedikit…tetapi tidak kerap…perlukah sy ke hospital?..

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu sakit perut yang berterusan. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami dapat disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- jangkitan bakteria atau virus
- keracunan makanan
- Irritable Bowel Syndrome
- Inflammatory Bowel Disease : Keradangan usus
- Keradangan appendix ( appendicitis)
- gangguan saluran pencernaan yang lain
Sila berjumpa doktor secepatnya sekiranya terdapat:
- berak disertai warna merah atau berdarah
- loya / pening kepala
- mual / muntah
- sakit yang mengganggu rutin harian
Bagi mengetahui punca sebenar masalah anda, pemeriksaan fizikal perlu anda jalani serta untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Oleh itu saya sarankan anda berjumpa dengan doktor atau anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.