
norazatahmad
5 tahun
Cirit birit anak saya
Anak saya 3tahun 7bulan…start mlm td smpai skg kena cirit 4x … Najis berbau dan cair.skg dia tibe2 naik demam…pe sbb ya. Smlm mkn dr mknan yg sy msk,nasi grg…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cirit birit pada anak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus
- Alahan makanan
- Minuman susu formula tidak dibuat dengan betul
- Selsema
- Antibiotik
- Keracunan makanan
- Kekurangan enzim(walaupun jarang berlaku)
Seandainya anak anda mulai lemah, kurang aktif, muntah-muntah serta tidak lalu makan, dan gejala tambahan lain, sebaiknya segera dibawa ke doktor untuk dirawat lanjut kerana dikhuatiri terjadi dehidrasi akibat berak berterusan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.