
Sulit
2 tahun
Cirit birit berlarutan selama tiga hari
saya wanita dalam 20 an, saya cirit dah 3 hari starting from 5 august. tapi waktu 5 aug tu saya kerap muntah dan cirit. saya makan apa pun akan muntah termasuk lah saya akan muntah ubat pil che ke te un yang selalu digunakan untuk cirit. hari ini dah masuk hari ketiga saya cirit. kadang tengah malam saya akan ke toilet. pada malamnya saya ingat akan kentut sahaja pada pagi tersebut disebabkan malam sebelum saya tidur saya boleh mengeluarkan angin secara normal. apa tindakan yang perlu saya lakukan ya doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cirit-birit dan muntah yang anda alami boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Keradangan pankreas
- Alahan makanan
- Penyakit radang usus
- Gejala awal kencing manis jenis 1
Untuk merawat simptom dan mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk, pengambilan air mencukupi adalah diperlukan kerana dari cirit-birit dan muntah anda akan kehilangan air yang banyak. Anda boleh mengambil air garam atau Oral Rehydration Soultion (ORS) di farmasi. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.