
Sulit
4 tahun
Cirit birit berpanjangan,disertai dengan sakit kepala,kerap membuang pada waktu malam
Saya berumur 16 tahun. Sudah 2 bulan cirit birit,perut kerap berbunyi,keadaan najis yang cair,berlendir,berminyak. Kerap membuang pada waktu malam,Tidak mengambil sebarang ubat atau supplement tambahan.

4 tahun
Hai selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu cirit birit selama berhari-hari . Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall )untuk bercakap dengan pihak kami
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cirit-birit boleh disebabkan:
- Jangkitan pada usus
- Keracunan makanan lain
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Cirit birit yang kronik boleh menyebabkan anda kekurangan air. Jika perkara ini berlarutan, anda boleh mengalami dehidrasi dan ini akan mengganggu organ organ di dalam badannya.
Anda boleh klik pada link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga.
Terima kasih.