
Sulit
2 tahun
Cirit birit berpanjangan
saya wanita berusia 27 tahun. saya dah berkahwin selama 2 tahun (2017). Selepas kahwin hormon saya kurang stabil, period selalu lambat 2-5 bulan. Saya pernah dicadangkan oleh dr untuk makan pil perancang supaya period saya kembali teratur tapi saya hanya cuba sekali sahaja.
Pada bulan lepas (Ogos 2019), saya ke klinik pakar wanita, dr telah check dan saya bebas dari cyst & fibroid. rahim saya semua berada dalam keadaan baik. Cuma dr memaklumkan saya mengalami gangguan hormon dan dr telah memberikan saya ubat hormon (turunkan period), hari kedua period hingga hari keenam saya disarankan untuk mengambil clomid(50g), sepanjang tempoh period saya mengalami pendarahan yang sangat banyak. Saya baru habis period 2 minggu lepas dan saya meneruskan dengan memakan folid acid, Vit C & Vit E yg dibekalkan oleh dr tersebut. Sekarang saya mengalami cirit birit yang berpanjangan, adakah ini tanda awal2 kehamilan? tapi saya tidak muntah cuma rasa memulas perut dan cirit.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cirit-birit yang berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Lebihan dos vitamin C
- Kesan ubat perancang
- Masalah penghadaman seperti alahan makanan, susu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.