
hawahusni95
5 tahun
Cirit birit dan mual
Saya memgandung 7week dan semalam dan Harini saya cirit birit+muntah . Adakah bahaya untuk baby

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cirit-birit dan muntah yang anda alami boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Asid refluks (gastrik)
- Alahan makanan
Cirit-birit dan muntah akan menyebabkan dehidrasi yang boleh membahayakan jika dibiarkan. Oleh itu, pastikan anda minum air secukupnya serta makan makanan yang berkhasiat untuk anda dan juga kandungan anda. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.