
Anonymous
2 tahun
Cirit birit dan radang usus
Saya berunur 21 tahun. Saya telah membuat pemeriksaan di klinik kerajaan, saya mengalami cirit birit dan muntah. Doktor mengatakan saya mungkin menghidapi radang usus. Doktor tak beritahu simptom itu lebih lanjut. Radang usus ni membahayakan ke doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala cirit-birit serta muntah boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti keracunan makanan, jangkitan kuman (virus/bakteria), alahan makanan, penyakit Coeliac mahupun radang apendiks. Bagi penyakit radang usus, ia adalah penyakit kronik iaitu penyakit yang berpanjangan gejalanya. Antara gejala-gejala bagi penyakit ini adalah seperti yang disebutkan serta kurang berat badan, kurang sel merah, demam serta pendarahan pada punggung. Penyakit ini membahayakan pesakit sekiranya tidak dirawat.
Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat tambahan adalah diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.