Sulit
5 tahun
Cirit-birit, demam on off dan hidung trsumbat
Saya lelaki 32thn mengalami cirit-birit dan sakit kepala sejak 2-3hari kebelakangan Ini. Masih bernafas seperti biasa tetapi kurang selesa. Badan mengalami sejuk2 dan berpeluh. Sy juga masih mengambil ubat antibiotic dan panadol kerana bengkak gusi. Kadang kala perut terasa sebu dan selalu keluarkan angin ketika sendawa. Tiada selesama dan sakit tekak. Cuma terasa mual. Adkah Ini sintom covid?
Tq
5 tahun
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cirit-birit yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Keracunan makanan
- Jangkitan dalam usus
- Masalah hempedu
- Masalah tiroid seperti hipertiroid
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































