
Sulit
2 tahun
Cirit birit, gatal dubur
Saya mengalami cirit-birit sejak 4 hari lalu. Dr klinik kesihatan kata sy suspect keracunan makanan. Harini semakin pulih, tetapi dubur mula rasa gatal seperti ada cacing yg bergerak-gerak.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Keracunana makanan - boleh disebabkan virus atau bakteria seperti salmonella
- Penyakit radang usus
- Alahan makanan atau penyakit Coeliac (alahan pada gluten)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.