
Sulit
4 tahun
Cirit birit ketika hamil
Sy wanita hamil berumur 30 thun. Bberpa hari ini, sy mengalami cirit birit, perut masuk angin dan pagi ini, sy muntah dlm kuantiti sedikit. Soalan sy, adakah ianya berbahaya buat bayi dan saya?dan apakah jnis ubat atau pmakanan yang patut sy ambil?

4 tahun
Hai selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall )untuk bercakap dengan pihak kami
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cirit-birit boleh disebabkan:
- Jangkitan pada usus
- Keracunan makanan lain
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Cirit birit yang kronik boleh menyebabkan anda kekurangan air. Jika perkara ini berlarutan, anda boleh mengalami dehidrasi dan ini akan mengganggu tumbesaran janin anda.
Anda boleh klik pada link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga.
Terima kasih.