
Sulit
5 tahun
Cirit birit lebih 3hari
Saya wanita berumur dalam 20 an. Sy kena cirit birit dah 4 hari. Dan akan sakit di bahagian ulu hati. Setiap kali buang air kecil, sy akan terbuang air besar dlm bentuk najis air. Dan sy dapati najis sy berwarna hitam. Sekarang mmg sy lemah dan lesu. Kenapa ye doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cirit-birit yang anda alami boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Kesan ubat seperti antibiotik
- Alahan makanan seperti susu atau gluten (penyakit Coeliac)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.