
fizisha2498
5 tahun
Cirit birit, loya,muntah,pening kepala
saya umur 22 , saya mengalami loya,muntah dan pening kepala pada 18/3 dan keesokkan harinya saya cirit birig dan loya sudah hilang namun cirit birit mula datang, perut terasa kejang, dan kepala pusing seperti mahu demam. Badan saya terasa lemah ada disebabkan keracunan makanan atay covid19 dan adakah saya lemah kerana kurang air dlm badan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cirit-birit yang anda alami boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Penyakit radang usus
- Jangkitan kuman dalam usus
- Kesan ubat-ubatan seperti antibiotik
Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi.
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini