
Anonymous
5 tahun
Cirit birit melebihi 3 hari
Saya wanita umur 30…Saya mengalami cirit birit 5 Hari termasuk Hari ni…najis Saya pada Hari ke Lima bertukar kepada hijau gelap…Saya Tak mengalami deman atau penurunan berat badan…adakah cirit birit Saya ni berbaya atau cirit birit biasa…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Bagi orang dewasa, terdapat tiga sebab utama cirit-birit hijau, dan sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh jenis bahan yang dimakan dalam bentuk pemakanan dan ubat-ubatan.
Konsumsi lebih banyak daripada sayur-sayuran berdaun dan makanan & minuman berwarna hijau
Peningkatan pengambilan makanan yang mengandungi pewarna tambahan
Peningkatan jumlah makanan berserat semasa kehamilan
Pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi yang menyebabkan masalah pencernaan
Kebimbangan, tekanan dan masalah saraf lain yang mengurangkan masa penyerapan bakteria ke dalam saluran pencernaan
Pengaruh antibiotik & ubat-ubatan lain pada cirit-birit dan gangguan pencernaan
Jangkitan bakteria di saluran pencernaan yang menyebabkan keracunan makanan
Makanan, ubat-ubatan, dan suplemen mungkin menjadi penyebab utama bagi orang dewasa yang mengalami cirit-birit hijau.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!