
Sulit
5 tahun
Cirit birit secara tiba tiba
pada pukul 2 ptg saya mngalami cirit birit dan mngulangi ke tandas.saya berpuasa harini pada waktu sahur saya makan onigiri family mart dan air milo dibancung dengan susu. susu itu saya telah buka semalam dan dia x boleh ditutup. saya hanya letak di peti ais. ia sudah semalamam. adalah susu punca sy cirit birit?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Mengikut apa yang digambarkan anda, gejala cirit birit yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah keracunan makanan. Susu perlu disimpan di tempat yang sejuk seperti di dalam peti sejuk dan anda perlu mengelakkan daripada meminumnya jika ianya tidak ditutup dan disimpan rapi.
Selain daripada keracunan makanan, masalah cirit birit juga boleh disebabkan oleh:
- Penyakit keradangan usus (Inflammatory Bowel Disease)
- Masalah pada organ sistem pencernaan seperti perut, usus, hempedu, pankres
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.