
Sulit
4 tahun
Cirit Birit setelah mengambil ubat
Saya lelaki umur 22 tahun telah merujuk doktor selepas disahkan perut berangin & gastrik 2 hari yant lalu. Saya telah diberikan ubat & memakannya mengikut arahan doktor. Setelah makan ubat, saya mendapati saya mengalami cirit-birit ketika ingin membuang air besar. Adakah ubat yang saya makan membunyi alahan dan boleh menyebabkan cirit-birit ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, antara sebab anda mengalami cirit birit setelah mengambil ubat tersebut berkemungkinan anda mengalami kesan sampingan daripada ubat tersebut. Sekiranya ia mengganggu anda, kami sarankan anda untuk berjumpa semula dengan doktor atau pergi ke klinik yang merawat anda untuk berbincang semula dengan doktor mengenai ubat tersebut.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.