
Sulit
4 tahun
Cirit birit setelah minum susu ibu hamil
Assalam and Morning Dr, saya pregnant baby first and for the first time saya nak cuba consume susu ibu… i bought brand Enfamama… pagi ni sebelum ke office saya minum, and mengalami masalah cirit birit… adakah disebabkan susu tidak sesuai dengan saya atau sebaliknya?..
thank you Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cirit-birit selepas minum susu boleh disebabkan:
- Alahan kepada laktosa susu
- Cara penyediaan susu yang tidak sempurna
- Keracunan makanan lain
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.